Friday, 11 August 2017

result pspm 2 & result UPU

Alright, seperti yg dijanjikan post sebelum ni aku akn cerita pasal Universiti aku dapat.

So here we go!!
Before that, let me talk about my result PSPM 2.
Seperti yang korang tahu result pspm 2 ni umum mase tgh cuti la memandangkan dah habis matrik. LOL

Okay time result keluar hari aku kerja tapi aku kerja shift noon. So, aku ada mase la nak cek result aku kul 10 pg tu. huhu Tepat 10 pagi je aku bukak phone then, sms. mlas nak on wifi tahu sngat nnti ada terus org tnye result aku. Xsilap aku result ni keluar a week before raya. Perasaan nervous xyh ckap la. After a few minutes i got the result. Speechless! Just that word i can describe! Result aku maintain je dgn sem lepas. But its okay Allah knows what the best for me. Apa2 pun bersyukur sbb still 3 point something. Aku tahu aku xleh jwab maths paper 2 & bio. Sc & Chemist maintain. Kdang2 terfikir jgk why aku xdpat 4.0 untuk Sc sdangkan aku rasa soalan dia bapak mudah. bukan nak riak maybe aku salah kat programming la kot.

Next, result UPU. Malam sebelum result keluar tu tetiba ada orang hantar whatsapp cakap result untuk UUM dh keluar. Aku pun macam hokayy nasib xapply uum kalau x mesti cuak nak tahu result. Huh jahat betul. Keesokkanya, pkul 12 tepat aku bkk laptop. Buat hal plk lmbat hidup. Then aku pun try bkk gna phone. Aku bkk link untuk UTM sbb mmg aku nk sngat pergi sana. Dengan lafaz bismillah aku masukkan no ic, no matrik, then tekan enter. pop! keluar result, Tahniah! anda berjaya ditawarkan bla bla bla. Masa tu aku macam betul ke ni aku dapat uni yg aku impikan. Aku zoom kan tgk2 bkn UTM but UMT! oh damn! aku rasa nak nagis pun ada. Aku xnak pergi UMT sbb dekat sangat dengan rmh. Parents aku happy sangat aku dapat dekat. Aku macam berbelah bahagi tau masa tu. Kawan2 aku semua ckap "okay ape UMT" , "xpe In sha Allah ada hikmahnye" , "bestnye dapat dekat", "asal semua dapat u dekat rmh ni". Okay that time aku rasa xpe mungkin Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Aku cuba terima. At least aku dapat kos yang aku nak sangat walaupun xdapat uni yang aku impikan. Xtahu kenapa aku selalu positif dengan hal2 camni.  

In sha Allah 5 Sep ni aku akan daftar di UMT as a degree student. 3 tahun in sha Allah. Semoga Allah permudahkan Aamiin.

Kerja Part Time~

 Hai Assalamualaikum guyss!

Lama dah xupdate kat blog ni. Nak kate sibuk xla jugak ada je terperap kat rmh ni. Kemalasan semakin menjadi-jadi pulak sekarang! huh xsedar diri langsung wahai aisyah.

Okay hari ni genap la 3 bulan aku jadi pelajar lepasan matrikulasi. Tahniah kawan-kawan semua yang dah berjaya mengahrungi cabaran di matrikulasi. Tak sampai sebulan lagi kitaorang akan masuk sambung belajar di universiti pulak. Yang ni nanti aku update post lain.

Sekarang ni aku nak citer pasal aku kerja part time lepas habis matrik hari tu. Sebenarnya sebelum habis matrik lagi aku dah rancang balik nanti nak cari kerja sebab memang tahu sangat cuti lama kot memang bosan la duk rumah je. Xsampai seminggu aku duk rumah, aku gi cari kerja.

Then dapat la satu kerja ni kat bandar. Tapi kontrak 1 1/2 bulan. Aku ingat nak kerja 2@3 bulan tapi xde rezeki nak wat macam mne. huhu. So, first day kerja memang nervous gak la sebb aku mmg xde langsung pengalaman kerja. Apatah lagi nak bergaul dengan org baru memang agak susah sikit.

So far, Alhamdulillah dalam 1-2 minggu jgk aku dapat addapt kat tempat kerja. Time rehat jangan ckp la jarang2 aku ada teman rehat sekali. Kebanyakkanye rehat sorang2 je. sedeyhh. Bukan aku xde kawan ke apa, tapi dah memang kawan2 yg aku rapat tu  jadual lain2. Memang sorang2 la jawabnye.

Kerja kat sini banyak dapat pengalaman. Dapat kawan baru, belajar benda baru, dapat jumpa macam2 ragam customer dan lain2 lah. Tapi semua tu seronok sangat bagi aku.

Yang xbest satu je kot aku kena kerja bulan puasa. Penat tu xterasa sangat cuma xsuka sebab kena berbuka puasa kat tempat kerja la. Sebelum habis matrik terfikir tahun ni boleh sambut bulan ramadhan kat rumah dgn family, dapat pergi solat terawih sama2. Kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Dalam hati rasa menyesal jugak kerja tapi aku nak cari duit & pengalaman. So, fikir positif xpe at least aku boleh jgk iftar & solat terawih 3 kali seminggu.

Hari berganti hari aku rasa makin seronok pulak kerja kat sini bile dh tahu apa yg perlu buat, ada kawan2 yg sporting. Tapi xsedar time tu dah nak habis kontrak. huh sedih skjap. Sepatutnya kontrak aku habis 30 Jun, tapi aku terpaksa berhenti 28 Jun sbb terpksa pergi kenduri sepupu jauh aku. Lgipun aku xde lesen. So, terpaksa la. Sedih jgk sbb xdpat jumpa semua staff yg aku kenal. Yelah baru hari raya keempat ada yg masih bercuti.

Okay lah rasanya sampai situ je kot cerita pasal kerja part time. see ya!