Saturday, 31 December 2016

Result PSPM 1



13 Disember 2016- Aku kembali ke Kolej untuk sem 2 setelah bercuti selama 3 minggu. That's mean, mase tu ada lagi 1 minggu result PSPM 1 akan keluar.. Time tu kitaorang tak rasa apa2 lagi. But, after dengar macam2 orang cakap pasal result, ada yang akan keluar matrik 8 orang la, dan yang paling scary ada orang cakap yang seramai 90 ORANG akan turun ke PDT(Program Dua Tahun). Ya Allah, dlam fikiran dh macam2 kemungkinan dh kitaorg duk fikir. Aku ke salah seorang yg akan turun kePDT.

27 Disember- Sehari sebelum result, perasaan tu dah macam2 rasa. "Weh, aku takut giler result esok. bile dah dapat result esok, jangan tanye eh aku dpat brp. Aku mintak maaf kat korg, klau aku msuk pdt aku dh xjumpe korg" ni la ayat yg aku dpat dri kwan2 aku.. aku rasa nak nangis pun ada masa tu. xleh skip 28, terus 29 disember. okay kanak2 sangat pemikiran aku.

28 Disember- pagi tu kitaorang ada perhimpunan. setiap hari rabu memang diwajibkan perhimpunan pelajar. macam budak sekolah pulak rasanye. haha and masa tu jgk lecturer kitaorg penolong unit peperiksaan bentangkan statistik result pspm 1. masa tu muka masing2 pucat je. nervous tak ingat. lepas perhimpunan kuliah aku ada subjek koko. time tu la kitaorg lupakan sekejap pasal result. lecturer koko kami pun sngat memahami kegusaran hati kami. kitaorang kena buat senamrobik. start jam 9.30 sampai 10.15. result keluar pukul 10 pagi.

  Lepas senamrobik, masing2 cek phone. huh, mase tu aku rasa cam redha jelah. aku xnk cek lagi. nak cek ptg kononya.  mengada sangat padahal tak sabar nak tahu result. last2 pkul 10.30 aku bukak jgk phone aku and pergi ke laman web e-peperiksaan kmph. Allah, line pulak down. Kitaorg pun mcm frust jgk la sbb xleh cek lagi result. Time otw ke dewan kuliah, terserempak dengan sekelompok budak chinese, muka masing2 happy je, berpelukan, selfie. dh agak diorang dapat 4 flat. jelous jgk r.

Dalam kuliah memang xfokus selagi xdpat result. last2 masa rehat pukul 1 tu, aku ajak kawan aku pergi hep. cek result kat pc hep. xsmpai 1 minit pun, result terpampan kat pc. TERKEJUT, GEMBIRA, SEDIH SIKIT, macam2 perasaan timbul. Alhamdulillah, aku dapat result yang bagus jugak. Aku terus call parent cakap dah dapat result. Alhamdulillah Ya Allah, tak sia2 aku tak tidur malam exam.. Aku bersyukur sangat. walaupun x 4 flat. aku bersyukur sebab aku tahu aku study last minit. aku xterfikir langsung aku dapat result macam tu sbb nye aku rasa time exam aku xperform sangat. Alhamdulillah.

Insya Allah sem 2 ni aku akan perbaiki kelemahan aku dan cuba untuk dpat 4 flat. and aku dpat smbung belajar ke universiti dengan kos yang bagus dan mudah dapat kerja. semoga impian aku tercapai. aamiin.  ❤😙

Tuesday, 26 April 2016

Future Study

 Assalamualaikum w.b.t..
  

   As my promise yesterday, aku nak cerita pasal future study aku la.. 
For now, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Mase aku dapat tahu result matriks tu aku happy giler. Bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memakbulkan doa aku dapat pergi matriks. 


  Result UPU belum keluar lagi. Tapi aku tak yakin yang aku akan dapat tawaran UPU dengan result SPM aku yg biase-biase tu. Lagipun, beberapa hari lepas aku dapat tahu dari kawan aku yg permohonan UPU tahun ni hanya 20% sahaja yg berjaya ditawarkan ke U. 


  Hati aku ni memang nak gi matriks. Tapi ramai yg bantah dengan keputusan aku. Diorang cakap matriks ni susah nak dapat pointer 3.0 ke atas la, susah nak masuk u la, kena lelong la.. Macam2 lagilah. Kadang2 aku rase stress dengan menda ni semua. Tapi aku tahu Allah tidak akan menguji hambanya yg tidak mampu. 


   Aku dah berazam bile aku masuk matriks nanti aku nak belajar betul-betul. Tak nak main-main dah macam SPM dulu. Yes, I admit yg aku banyak main phone mase SPM. Lagha dengan apps yg ada dalam smart phone. Contohnya, Whatsapp, Wechat, Instagram. Huisshh, dugaan betul bile zaman gajet yg terlampau canggih ni. Lepas ni apps ape la pulak yg akan wujud. Tak tahu la macam mane zaman adik-adik aku nanti. T_T

   Aku rase dah banyak aku duk membebel kat sini.. Nanti aku update lagi selama aku menyepi kat blog ni.. haha.. Oh ye, nanti dah dapat result UPU aku bagitahu la kat korang aku berjaya ke tak dan apa final decision aku untuk future study
   

Long time no see

  Hi semua... Assalamualaikum..

Dah lame tak update blog ni. Aku busy sikit plus malas tu ade la jugak. Banyak 
sebenarnye cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dulu.. haha.. over pulakk..

Sekarang ni dah pukul 12.40 pagi.. Rase macam tak sesuai nak cerita pagi-pagi ni..haha
padahal bukan ada sape2 nak bace blog aku ni pun.. Blog ni macam diari aku la sebab tak tahu nak share dengan sape..hrmm.. okayla GTG now.. In Sha Allah esok aku akan share cerita aku kat blog ni.. Good Nights

Tuesday, 29 March 2016

Risau

Hai, Assalamualaikum..

Hrmm,, tiba2 aku mengeluh lepas solat maghrib tadi. Aku mula terfikir adakah aku diterima untuk melanjutkan pelajaran aku di matrikukasi sesi 2016/2017 ni?? Aku menjadi resah aku dah nekad nak masuk matriks walaupun ada sepupu2 aku yg larang sbb diorang cakap masuk matriks Susah. Tapi disebabkan bapa saudara aku cakap "siapa cakap matriks susah? Diorang pernah belajar kat matriks ke tak? Tak payah dengar la cakap orang. Yang penting niat kita nak belajar. Lagipun masuk matriks dapat jimatkan masa nak sambung ijazah." Aku pun cakap ia jugak.

 Lepas dari tu memang aku dah memang nekad sangat-sangat dah sebab aku tak tahu nak ambik course apa untuk diploma. Kebanyakannye aku tak berapa minat. Mama pulak pesan tak yah nak memilih sangat la course yg penting senang dapat kerha. Aku salam dilema. Yang pasti aku memang nak masuk matriks dulu. Ada jugak aku tanye senior macam mane matriks Susah ke tak?? Diorang cakap okay je cuma kena rajin la . aku pun dah semangat habis dah nak sambung belajar ni nak tembus result spm aku yg tak berapa menggembirakan mama dgn ayah aku.

 Harap2 aku dapat masuk salah sabtu matriks yang aku mohon tu. Aamiin. Yg aku perlu buat sekarang ni ialah DOA semoga Allah membantu aku untuk sambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.❤

Friday, 11 March 2016

Alhamdulillah...Result dah keluar

Assalamualaikum..

p/s: sebenarnya aku dah tulis entry ni minggu lepas masa dapat result. Tapi disebabkan aku ada hal aku tak TERupload post ni..

   Result SPM dh keluar td. Macam mane result korang?? Gempak tak?? Result aku biase-biase je.. Tak setanding dengan kawan-kawan aku yang lain.. huhu T_T

   Sedih tak yah cakap la. Sedih sangat-sangat. Aku target 6/7 A kot untuk exam ni. Last-last mase aku cek sms result aku, terus mengalir air mata aku. Aku cakap kat mama aku, then mama jawab nak buat macam mana dah lepas pun. Takkan kakak nak ambik exam balik. huh mengalir lagi air mata aku T_T

  Bile dah dapat result tu perasaan nervous yg hadir 2 hari berturut-turut tu hilang dengan sendirinya. Then, aku ajak abah aku gi sekolah. Mase tu rasa cam tak nak gi sekolah terus. Tapi aku kuatkan semangat aku, cakap kat diri sediri nanti kalau pergi ambik result sorang-sorang kat sekolah mesti malu. Cikgu-cikgu akan tanya kenapa tak datang mase dapat result dll.

  Aku cakap kat abah aku, aku dah dapat result bla bla bla.. then abah macam terkejut jugak la #A??
Tapi sekejap je la. Abah cakap ok la tu.. nak buat cam mane. Aku time tu sebak gilerr..

  Sampai sekolah aku menuju ke dewan sekolah dengan abah. Then nampak someone lambai tangan kat aku. Aku tak nampak sangat sebab silau. Aku pun pergi la kat diorang. Rupa-rupanya kawan aku. Diorang tanye kenapa mata aku bengkak? nangis ke? dah tahu result ke?? betubi-tubi soalan. Aku hanye mampu mengangguk sahaja . Dah sebak ni.. Diorang tanye pulak dapat berapa?? Aku jawab la. Dan air mata ku bercucuran kembali T_T kenapa korang tanye??

  Diorang cakap okay la tu dapat result camtu. kalau boleh diorang pun nak dapat result cam aku. Aku hanya mampu dengar je diorang cakap sebab mase tu memang aku tak leh nak cakap apa-apa sebab dah menangis sungguh-sungguh.. Akhinya, aku buka mulut lepas kawan aku tu keluarkan tisu dari bag dia. Aku cakap, nak tisu..haha

   Then kitaorang sama-sama gi dewan. Aku tengok abah aku dah ada dalam dewan. Muka kecewa. huaaaaa kenapa semuanya terjadi?? Aku nampak dua orang lagi kawan aku. Diorang tanye hari ni birthday aisyah ke? aku just angguk. Diorang wish bithday. then tanye kenapa ni? dah tahu result la tu. T_T aku just angguk then lepas tu senyap malas nak jawab berapa aku dapat. nanti aku nangis lagi.. This year is the bad birthday! Aku kecewa! Ya Allah kau kuatkanlah semangat aku..

  Selepas selesai majlis, guru kelas kami tahun lepas nak jumpe. Kitaorang berkumpul kat makmal kimia.. Rindunye nak belajar kimia.. Cikgu just bagi amanat terakhir kepada kami dan kata-kata semangat. Kebanyakan cikgu-cikgu yg pernah mengajar kami cakap exam tahun kami memang tought and unexpected . Tapi ada je yg dapat straight's A. huhuhu

  Cikgu Addmath aku cakap result aku okay. Not bad. And know what?? Subjek Biology aku yang selalu failed aku dapat B untuk SPM.

  Huh, okay la itu aje setakat ni. Nanti aku update lagi next entry. Bye..



Thursday, 18 February 2016

RESULT SPM

            Assalamualaikum semua...

   Dua tiga hari ni aku tak boleh nak tidur lena sangat. Bila buka mata je terus teringat akan result SPM yang akan keluar tak lama lagi. Ada 13 hari lagi oh tidakkk! Aku selalu terfikir macam manelah result SPM aku nanti. Adakah aku akan dapat 1A? 2A? 3A? 4A? 5A? 6A? 7A? 8A? atau 9A? huh pening betul. Kadang rasa seram sejuk bila terfikirkan result ni. hrmmm

  Semalam lagi teruk, aku sampai termimpi-mimpi ada dekat sekolah dapat result. Last2, belum lagi la. Yang ni lagi la buat aku tak boleh tidur. Kebetulan, hari yang aku akan dapat result nanti merupakan birthday aku. Risau aku dibuatnye. Kalau aku dapat result okay takpelah. Kalau aku dapat result yang tak berapa nak okay memang akan aku ingat setiap tahun la birthday aku dapat result SPM yang tak berapa menggembirakan.

  Tambahan lagi, sepupu-sepupu aku yang umur 16 ke atas ni cerdik. Nak-nak cucu perempuan arwah tok aku yang 3 orang ni memang rapat sejak kecik. Memang selalu kena banding sejak UPSR lagi. Aku rase down giler bila aku dapat result UPSR 3A2B. Sepupu aku yang 2 orang lagi tu dapat 5A. Memang sedih sangat sebab aku target nak masuk sekolah SBP. Tapi dah memang takdir aku. 

  Masa aku form 2, aku pindah sekolah baru. Bila sepupu aku dapat straight A lagi dalam PMR, aku mulakan azam baru aku. Tapi, lepas kena marah dengan mak aku dulu la. hehe :-)
Mase tu aku score tinggi terus. Aku pun macam tak percaya aku dapat nombor 1 dalam kelas. Aku terus rasa semangat sampailah PMR, aku dapat 7A2B. 

   Bila naik form 4 form 5, aku jadi down balik. Aku tak tahu kenapa. Yang pasti sekarang aku tengah nervous giler-giler fikir tentang result yang akan keluar 3 Mac nanti. Semoga aku dan rakan-rakan aku dapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha keras kami datang sekolah siang malam, kelas tambahan hari minggu dengan cikgu-cikgu kami yang bersemangat mengaja kami. Insya Allah semoga Allah mempermudahkan. 

  Akhir kata, doakan kami mendapat keputusan setimpal dengan usaha kami. 

Terima Kasih kepada yang sudi membaca blog saya yang skema ni dan mendoakan kami batch 98. :-
)

Saturday, 13 February 2016

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016!



       Karnival ni memang sesuai untuk semua pelajar lepasan SPM/STAM/DIPLOMA/yg sewaktu dengannya :D Best tau pergi karnival ni terutamanya orang yg macam saya ni tak pasti lagi dengan bidang apa yg patut saya ceburi. Sob sob (lap air mata). 

    Actually, saya memang confiuse lagi. Tak tahu nak ambik bidang apa sebab saya tak tahu eh bukan tak pasti apa yg saya minat. Dulu masa kecik-kecik pernah la bercita-cita nak jadi doktorlah, saintis la, engineering lah, macam-macam lah. huhu. Tapi sekarang dah lain, saya tak tahu lah kenapa my mom tak bagi saya jadi doktor. Jadi terpaksa lah saya kuburkan cita-cita saya tu. Memang lah sujek bio saya kurang memuaskan sikit. Susah kot nak score subjek Bio. Even, I'm in the first class tapi dua tiga orang je yg dapat A/A-. Yang lain B ke bawah. 

    My cousin pulak prefer saya to choose Pharmacy. Bila saya beritahu my mom, dia cakap tak payah la ambik course yang susah dapat kerja. Ambik course yg senang dapat kerja. Nanti kalau buat pinjaman PTPTN senang nak bayar sebab dah ada kerja. So, I didn't have any idea. 

    So, bila dapat hebahan tentang karnival tu from whatsapp saya ajak la my parents teman pergi sana. Nak pergi dengan kawan-kawan? hrmm,, jangan haraplah. Reply whatsapp pun lambat. Dah tak payah la cakap pasal diorang. Penat je. 

    After I went there, dapatlah beberapa info tentang course yang aku minat. So, ni lah antara buktinya. hehe

dapat beg free ^_^

ni la antara booth yg saya lawat dan buat pertanyaan

          Alhamdulillah dapat la ilmu sikit tentang upu hari ni. Harap-harap dapatlah course dan universiti yg saya buat permohonan tu. Insya Allah semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. That's all for now. GTG





Friday, 12 February 2016

KAWAN DAN SAHABAT



    Kawan sangat mudah dijumpa. Even, kalau kita baru kenal dia seminit dah anggap dia kawan. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan bermain, kawan study group, kawan sekolah, kawan sekelas dan banyak lagilah. Saya yakin semua orang ada kawan. Tapi, kebanyakan kawan ni kita tak boleh share masalah atau rahsia dengan diorang. It's hard to believe.

   Ianya sangat bebeza dengan sahabat. Sahabat ni hanya sesetengah orang yang boleh kita gelarkannya sahabat. Sahabat akan berada di samping kita walaupun kita dalam kesenangan ataupun kesusahan. Sahabat ini sukar untuk dicari. Mereka ini akan simpan segala kekurangan dan rahsia kita daripada orang lain kerana mereka menganggap ia sebagai satu AMANAH. Sahabat ini boleh dikelaskan sebagai permata yang sukar dicari dan dijumpai.

      Sebenarnya, saya sedih dengan kawan-kawan saya yang dulu kami sentiasa bersama-sama di sekolah, sentiasa berkongsi cerita suka & duka telah sepi selepas tamatnya SPM. Saya merasakan kehilangan dan seperti mereka tidak ikhlas berkawan dengan saya. Apabila saya hantar apa-apa maklumat ataupun bertanyakan sesuatu kepada diorang, mereka seolah-olah sedang mengelak untuk menjawab pertayaan saya. Mugkin itu semua hanya perasaan saya.

    Saya sekadar ingin meluahkan perasaan saya di blog ini. Sebab itu lah saya menulis disini. Setakat ini dahulu,, Assalamualikum.