Tuesday, 3 July 2018

Semester Break!

Hai, Assalamualaikum..

Hamboii tajuk aku happy bebenor kan??! hahahahha 
sebenarnya cuti sem ni la yg paling aku tertunggu tunggu since masuk sem 2 hari tu. Sebabnya, cuti sem 1 hari tu aku sempat cuti satu minggu je. Tu la nak sangatkan join program U. Actually, aku xmenyesal pun join program tu sebab BEST sangat! Korang ingat tak aku pernah cakap yang aku teringin sangat pergi Johor?! haaa time cuti tu la aku dapat pergi sana. tak payah cerita la pasal semua tu. nanti bosan pulak huhuhu.

     Then, bila masuk sem 2 hari tu kami dapat tahu yang sem tu kami tak dapat mid sem break! lagi la merana. banyak dateline yg kena kejar, assignment bertambah, dengan kelas padat dari pukul 8 pagi sampai 7 malam, masalah group assignment lagi and yg paling stress test 1 & 2 4/5 subjek dalam masa SEMINGGU! memang aku rasa teruk giler sem 2. tak sempat pun nak study. Final Exam hari tu yg subjek membaca memang out la. ye la study last minute. chapter pulak banyak huhhh mengeluh panjang aku. tapi dah lepas doa je la harap result sem 2 aku tak teruk sangat. 

    Actually, aku tak de benda nak buat time cuti ni. (ni la student, bila dah cuti bosan, bila dah start study nak cuti) aku fikir nak kerja ye la sambil kumpul duit tapi disebabkan aku tengah ambil lesen kenderaan sekarang memang susah la nak pergi kerja. cikgu memandu aku cakap dia nak sku siapkan time aku cuti ni tapi sekarang dah hampir sebulan berlalu, baru sekali aku pergi belajar. haishhh entah sempat ke tak siap sebelum masuk bulan 9 ni tak tahu la. dah la aku ni bila dah start study memang busy tahap apa kos aku ni. 

ok la, aku rasa tu je kot dulu setakat ni. since aku tengah cuti ni, aku ingat nak cerita life aku as student degree in chemistry. tak pun aku nak belajar buat cerpen (tu pun kalau aku ada idea) hahahahha tengok la macam mana nanti.) andddd kalau aku rajin aku share aku belajar masak time cuti ahakks. belajar ilmu rumah tangga pun okay ape :))))) 


Friday, 11 August 2017

result pspm 2 & result UPU

Alright, seperti yg dijanjikan post sebelum ni aku akn cerita pasal Universiti aku dapat.

So here we go!!
Before that, let me talk about my result PSPM 2.
Seperti yang korang tahu result pspm 2 ni umum mase tgh cuti la memandangkan dah habis matrik. LOL

Okay time result keluar hari aku kerja tapi aku kerja shift noon. So, aku ada mase la nak cek result aku kul 10 pg tu. huhu Tepat 10 pagi je aku bukak phone then, sms. mlas nak on wifi tahu sngat nnti ada terus org tnye result aku. Xsilap aku result ni keluar a week before raya. Perasaan nervous xyh ckap la. After a few minutes i got the result. Speechless! Just that word i can describe! Result aku maintain je dgn sem lepas. But its okay Allah knows what the best for me. Apa2 pun bersyukur sbb still 3 point something. Aku tahu aku xleh jwab maths paper 2 & bio. Sc & Chemist maintain. Kdang2 terfikir jgk why aku xdpat 4.0 untuk Sc sdangkan aku rasa soalan dia bapak mudah. bukan nak riak maybe aku salah kat programming la kot.

Next, result UPU. Malam sebelum result keluar tu tetiba ada orang hantar whatsapp cakap result untuk UUM dh keluar. Aku pun macam hokayy nasib xapply uum kalau x mesti cuak nak tahu result. Huh jahat betul. Keesokkanya, pkul 12 tepat aku bkk laptop. Buat hal plk lmbat hidup. Then aku pun try bkk gna phone. Aku bkk link untuk UTM sbb mmg aku nk sngat pergi sana. Dengan lafaz bismillah aku masukkan no ic, no matrik, then tekan enter. pop! keluar result, Tahniah! anda berjaya ditawarkan bla bla bla. Masa tu aku macam betul ke ni aku dapat uni yg aku impikan. Aku zoom kan tgk2 bkn UTM but UMT! oh damn! aku rasa nak nagis pun ada. Aku xnak pergi UMT sbb dekat sangat dengan rmh. Parents aku happy sangat aku dapat dekat. Aku macam berbelah bahagi tau masa tu. Kawan2 aku semua ckap "okay ape UMT" , "xpe In sha Allah ada hikmahnye" , "bestnye dapat dekat", "asal semua dapat u dekat rmh ni". Okay that time aku rasa xpe mungkin Allah dah rancang yang terbaik untuk aku. Aku cuba terima. At least aku dapat kos yang aku nak sangat walaupun xdapat uni yang aku impikan. Xtahu kenapa aku selalu positif dengan hal2 camni.  

In sha Allah 5 Sep ni aku akan daftar di UMT as a degree student. 3 tahun in sha Allah. Semoga Allah permudahkan Aamiin.

Kerja Part Time~

 Hai Assalamualaikum guyss!

Lama dah xupdate kat blog ni. Nak kate sibuk xla jugak ada je terperap kat rmh ni. Kemalasan semakin menjadi-jadi pulak sekarang! huh xsedar diri langsung wahai aisyah.

Okay hari ni genap la 3 bulan aku jadi pelajar lepasan matrikulasi. Tahniah kawan-kawan semua yang dah berjaya mengahrungi cabaran di matrikulasi. Tak sampai sebulan lagi kitaorang akan masuk sambung belajar di universiti pulak. Yang ni nanti aku update post lain.

Sekarang ni aku nak citer pasal aku kerja part time lepas habis matrik hari tu. Sebenarnya sebelum habis matrik lagi aku dah rancang balik nanti nak cari kerja sebab memang tahu sangat cuti lama kot memang bosan la duk rumah je. Xsampai seminggu aku duk rumah, aku gi cari kerja.

Then dapat la satu kerja ni kat bandar. Tapi kontrak 1 1/2 bulan. Aku ingat nak kerja 2@3 bulan tapi xde rezeki nak wat macam mne. huhu. So, first day kerja memang nervous gak la sebb aku mmg xde langsung pengalaman kerja. Apatah lagi nak bergaul dengan org baru memang agak susah sikit.

So far, Alhamdulillah dalam 1-2 minggu jgk aku dapat addapt kat tempat kerja. Time rehat jangan ckp la jarang2 aku ada teman rehat sekali. Kebanyakkanye rehat sorang2 je. sedeyhh. Bukan aku xde kawan ke apa, tapi dah memang kawan2 yg aku rapat tu  jadual lain2. Memang sorang2 la jawabnye.

Kerja kat sini banyak dapat pengalaman. Dapat kawan baru, belajar benda baru, dapat jumpa macam2 ragam customer dan lain2 lah. Tapi semua tu seronok sangat bagi aku.

Yang xbest satu je kot aku kena kerja bulan puasa. Penat tu xterasa sangat cuma xsuka sebab kena berbuka puasa kat tempat kerja la. Sebelum habis matrik terfikir tahun ni boleh sambut bulan ramadhan kat rumah dgn family, dapat pergi solat terawih sama2. Kita hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Dalam hati rasa menyesal jugak kerja tapi aku nak cari duit & pengalaman. So, fikir positif xpe at least aku boleh jgk iftar & solat terawih 3 kali seminggu.

Hari berganti hari aku rasa makin seronok pulak kerja kat sini bile dh tahu apa yg perlu buat, ada kawan2 yg sporting. Tapi xsedar time tu dah nak habis kontrak. huh sedih skjap. Sepatutnya kontrak aku habis 30 Jun, tapi aku terpaksa berhenti 28 Jun sbb terpksa pergi kenduri sepupu jauh aku. Lgipun aku xde lesen. So, terpaksa la. Sedih jgk sbb xdpat jumpa semua staff yg aku kenal. Yelah baru hari raya keempat ada yg masih bercuti.

Okay lah rasanya sampai situ je kot cerita pasal kerja part time. see ya!

Saturday, 31 December 2016

Result PSPM 1



13 Disember 2016- Aku kembali ke Kolej untuk sem 2 setelah bercuti selama 3 minggu. That's mean, mase tu ada lagi 1 minggu result PSPM 1 akan keluar.. Time tu kitaorang tak rasa apa2 lagi. But, after dengar macam2 orang cakap pasal result, ada yang akan keluar matrik 8 orang la, dan yang paling scary ada orang cakap yang seramai 90 ORANG akan turun ke PDT(Program Dua Tahun). Ya Allah, dlam fikiran dh macam2 kemungkinan dh kitaorg duk fikir. Aku ke salah seorang yg akan turun kePDT.

27 Disember- Sehari sebelum result, perasaan tu dah macam2 rasa. "Weh, aku takut giler result esok. bile dah dapat result esok, jangan tanye eh aku dpat brp. Aku mintak maaf kat korg, klau aku msuk pdt aku dh xjumpe korg" ni la ayat yg aku dpat dri kwan2 aku.. aku rasa nak nangis pun ada masa tu. xleh skip 28, terus 29 disember. okay kanak2 sangat pemikiran aku.

28 Disember- pagi tu kitaorang ada perhimpunan. setiap hari rabu memang diwajibkan perhimpunan pelajar. macam budak sekolah pulak rasanye. haha and masa tu jgk lecturer kitaorg penolong unit peperiksaan bentangkan statistik result pspm 1. masa tu muka masing2 pucat je. nervous tak ingat. lepas perhimpunan kuliah aku ada subjek koko. time tu la kitaorg lupakan sekejap pasal result. lecturer koko kami pun sngat memahami kegusaran hati kami. kitaorang kena buat senamrobik. start jam 9.30 sampai 10.15. result keluar pukul 10 pagi.

  Lepas senamrobik, masing2 cek phone. huh, mase tu aku rasa cam redha jelah. aku xnk cek lagi. nak cek ptg kononya.  mengada sangat padahal tak sabar nak tahu result. last2 pkul 10.30 aku bukak jgk phone aku and pergi ke laman web e-peperiksaan kmph. Allah, line pulak down. Kitaorg pun mcm frust jgk la sbb xleh cek lagi result. Time otw ke dewan kuliah, terserempak dengan sekelompok budak chinese, muka masing2 happy je, berpelukan, selfie. dh agak diorang dapat 4 flat. jelous jgk r.

Dalam kuliah memang xfokus selagi xdpat result. last2 masa rehat pukul 1 tu, aku ajak kawan aku pergi hep. cek result kat pc hep. xsmpai 1 minit pun, result terpampan kat pc. TERKEJUT, GEMBIRA, SEDIH SIKIT, macam2 perasaan timbul. Alhamdulillah, aku dapat result yang bagus jugak. Aku terus call parent cakap dah dapat result. Alhamdulillah Ya Allah, tak sia2 aku tak tidur malam exam.. Aku bersyukur sangat. walaupun x 4 flat. aku bersyukur sebab aku tahu aku study last minit. aku xterfikir langsung aku dapat result macam tu sbb nye aku rasa time exam aku xperform sangat. Alhamdulillah.

Insya Allah sem 2 ni aku akan perbaiki kelemahan aku dan cuba untuk dpat 4 flat. and aku dpat smbung belajar ke universiti dengan kos yang bagus dan mudah dapat kerja. semoga impian aku tercapai. aamiin.  ❤😙

Tuesday, 26 April 2016

Future Study

 Assalamualaikum w.b.t..
  

   As my promise yesterday, aku nak cerita pasal future study aku la.. 
For now, aku dapat tawaran Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Mase aku dapat tahu result matriks tu aku happy giler. Bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memakbulkan doa aku dapat pergi matriks. 


  Result UPU belum keluar lagi. Tapi aku tak yakin yang aku akan dapat tawaran UPU dengan result SPM aku yg biase-biase tu. Lagipun, beberapa hari lepas aku dapat tahu dari kawan aku yg permohonan UPU tahun ni hanya 20% sahaja yg berjaya ditawarkan ke U. 


  Hati aku ni memang nak gi matriks. Tapi ramai yg bantah dengan keputusan aku. Diorang cakap matriks ni susah nak dapat pointer 3.0 ke atas la, susah nak masuk u la, kena lelong la.. Macam2 lagilah. Kadang2 aku rase stress dengan menda ni semua. Tapi aku tahu Allah tidak akan menguji hambanya yg tidak mampu. 


   Aku dah berazam bile aku masuk matriks nanti aku nak belajar betul-betul. Tak nak main-main dah macam SPM dulu. Yes, I admit yg aku banyak main phone mase SPM. Lagha dengan apps yg ada dalam smart phone. Contohnya, Whatsapp, Wechat, Instagram. Huisshh, dugaan betul bile zaman gajet yg terlampau canggih ni. Lepas ni apps ape la pulak yg akan wujud. Tak tahu la macam mane zaman adik-adik aku nanti. T_T

   Aku rase dah banyak aku duk membebel kat sini.. Nanti aku update lagi selama aku menyepi kat blog ni.. haha.. Oh ye, nanti dah dapat result UPU aku bagitahu la kat korang aku berjaya ke tak dan apa final decision aku untuk future study
   

Long time no see

  Hi semua... Assalamualaikum..

Dah lame tak update blog ni. Aku busy sikit plus malas tu ade la jugak. Banyak 
sebenarnye cerita sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dulu.. haha.. over pulakk..

Sekarang ni dah pukul 12.40 pagi.. Rase macam tak sesuai nak cerita pagi-pagi ni..haha
padahal bukan ada sape2 nak bace blog aku ni pun.. Blog ni macam diari aku la sebab tak tahu nak share dengan sape..hrmm.. okayla GTG now.. In Sha Allah esok aku akan share cerita aku kat blog ni.. Good Nights

Tuesday, 29 March 2016

Risau

Hai, Assalamualaikum..

Hrmm,, tiba2 aku mengeluh lepas solat maghrib tadi. Aku mula terfikir adakah aku diterima untuk melanjutkan pelajaran aku di matrikukasi sesi 2016/2017 ni?? Aku menjadi resah aku dah nekad nak masuk matriks walaupun ada sepupu2 aku yg larang sbb diorang cakap masuk matriks Susah. Tapi disebabkan bapa saudara aku cakap "siapa cakap matriks susah? Diorang pernah belajar kat matriks ke tak? Tak payah dengar la cakap orang. Yang penting niat kita nak belajar. Lagipun masuk matriks dapat jimatkan masa nak sambung ijazah." Aku pun cakap ia jugak.

 Lepas dari tu memang aku dah memang nekad sangat-sangat dah sebab aku tak tahu nak ambik course apa untuk diploma. Kebanyakannye aku tak berapa minat. Mama pulak pesan tak yah nak memilih sangat la course yg penting senang dapat kerha. Aku salam dilema. Yang pasti aku memang nak masuk matriks dulu. Ada jugak aku tanye senior macam mane matriks Susah ke tak?? Diorang cakap okay je cuma kena rajin la . aku pun dah semangat habis dah nak sambung belajar ni nak tembus result spm aku yg tak berapa menggembirakan mama dgn ayah aku.

 Harap2 aku dapat masuk salah sabtu matriks yang aku mohon tu. Aamiin. Yg aku perlu buat sekarang ni ialah DOA semoga Allah membantu aku untuk sambung pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.❤