Thursday, 18 February 2016

RESULT SPM

            Assalamualaikum semua...

   Dua tiga hari ni aku tak boleh nak tidur lena sangat. Bila buka mata je terus teringat akan result SPM yang akan keluar tak lama lagi. Ada 13 hari lagi oh tidakkk! Aku selalu terfikir macam manelah result SPM aku nanti. Adakah aku akan dapat 1A? 2A? 3A? 4A? 5A? 6A? 7A? 8A? atau 9A? huh pening betul. Kadang rasa seram sejuk bila terfikirkan result ni. hrmmm

  Semalam lagi teruk, aku sampai termimpi-mimpi ada dekat sekolah dapat result. Last2, belum lagi la. Yang ni lagi la buat aku tak boleh tidur. Kebetulan, hari yang aku akan dapat result nanti merupakan birthday aku. Risau aku dibuatnye. Kalau aku dapat result okay takpelah. Kalau aku dapat result yang tak berapa nak okay memang akan aku ingat setiap tahun la birthday aku dapat result SPM yang tak berapa menggembirakan.

  Tambahan lagi, sepupu-sepupu aku yang umur 16 ke atas ni cerdik. Nak-nak cucu perempuan arwah tok aku yang 3 orang ni memang rapat sejak kecik. Memang selalu kena banding sejak UPSR lagi. Aku rase down giler bila aku dapat result UPSR 3A2B. Sepupu aku yang 2 orang lagi tu dapat 5A. Memang sedih sangat sebab aku target nak masuk sekolah SBP. Tapi dah memang takdir aku. 

  Masa aku form 2, aku pindah sekolah baru. Bila sepupu aku dapat straight A lagi dalam PMR, aku mulakan azam baru aku. Tapi, lepas kena marah dengan mak aku dulu la. hehe :-)
Mase tu aku score tinggi terus. Aku pun macam tak percaya aku dapat nombor 1 dalam kelas. Aku terus rasa semangat sampailah PMR, aku dapat 7A2B. 

   Bila naik form 4 form 5, aku jadi down balik. Aku tak tahu kenapa. Yang pasti sekarang aku tengah nervous giler-giler fikir tentang result yang akan keluar 3 Mac nanti. Semoga aku dan rakan-rakan aku dapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha keras kami datang sekolah siang malam, kelas tambahan hari minggu dengan cikgu-cikgu kami yang bersemangat mengaja kami. Insya Allah semoga Allah mempermudahkan. 

  Akhir kata, doakan kami mendapat keputusan setimpal dengan usaha kami. 

Terima Kasih kepada yang sudi membaca blog saya yang skema ni dan mendoakan kami batch 98. :-
)

Saturday, 13 February 2016

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016!



       Karnival ni memang sesuai untuk semua pelajar lepasan SPM/STAM/DIPLOMA/yg sewaktu dengannya :D Best tau pergi karnival ni terutamanya orang yg macam saya ni tak pasti lagi dengan bidang apa yg patut saya ceburi. Sob sob (lap air mata). 

    Actually, saya memang confiuse lagi. Tak tahu nak ambik bidang apa sebab saya tak tahu eh bukan tak pasti apa yg saya minat. Dulu masa kecik-kecik pernah la bercita-cita nak jadi doktorlah, saintis la, engineering lah, macam-macam lah. huhu. Tapi sekarang dah lain, saya tak tahu lah kenapa my mom tak bagi saya jadi doktor. Jadi terpaksa lah saya kuburkan cita-cita saya tu. Memang lah sujek bio saya kurang memuaskan sikit. Susah kot nak score subjek Bio. Even, I'm in the first class tapi dua tiga orang je yg dapat A/A-. Yang lain B ke bawah. 

    My cousin pulak prefer saya to choose Pharmacy. Bila saya beritahu my mom, dia cakap tak payah la ambik course yang susah dapat kerja. Ambik course yg senang dapat kerja. Nanti kalau buat pinjaman PTPTN senang nak bayar sebab dah ada kerja. So, I didn't have any idea. 

    So, bila dapat hebahan tentang karnival tu from whatsapp saya ajak la my parents teman pergi sana. Nak pergi dengan kawan-kawan? hrmm,, jangan haraplah. Reply whatsapp pun lambat. Dah tak payah la cakap pasal diorang. Penat je. 

    After I went there, dapatlah beberapa info tentang course yang aku minat. So, ni lah antara buktinya. hehe

dapat beg free ^_^

ni la antara booth yg saya lawat dan buat pertanyaan

          Alhamdulillah dapat la ilmu sikit tentang upu hari ni. Harap-harap dapatlah course dan universiti yg saya buat permohonan tu. Insya Allah semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. That's all for now. GTG





Friday, 12 February 2016

KAWAN DAN SAHABAT



    Kawan sangat mudah dijumpa. Even, kalau kita baru kenal dia seminit dah anggap dia kawan. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan bermain, kawan study group, kawan sekolah, kawan sekelas dan banyak lagilah. Saya yakin semua orang ada kawan. Tapi, kebanyakan kawan ni kita tak boleh share masalah atau rahsia dengan diorang. It's hard to believe.

   Ianya sangat bebeza dengan sahabat. Sahabat ni hanya sesetengah orang yang boleh kita gelarkannya sahabat. Sahabat akan berada di samping kita walaupun kita dalam kesenangan ataupun kesusahan. Sahabat ini sukar untuk dicari. Mereka ini akan simpan segala kekurangan dan rahsia kita daripada orang lain kerana mereka menganggap ia sebagai satu AMANAH. Sahabat ini boleh dikelaskan sebagai permata yang sukar dicari dan dijumpai.

      Sebenarnya, saya sedih dengan kawan-kawan saya yang dulu kami sentiasa bersama-sama di sekolah, sentiasa berkongsi cerita suka & duka telah sepi selepas tamatnya SPM. Saya merasakan kehilangan dan seperti mereka tidak ikhlas berkawan dengan saya. Apabila saya hantar apa-apa maklumat ataupun bertanyakan sesuatu kepada diorang, mereka seolah-olah sedang mengelak untuk menjawab pertayaan saya. Mugkin itu semua hanya perasaan saya.

    Saya sekadar ingin meluahkan perasaan saya di blog ini. Sebab itu lah saya menulis disini. Setakat ini dahulu,, Assalamualikum.