Tuesday, 3 July 2018

Semester Break!

Hai, Assalamualaikum..

Hamboii tajuk aku happy bebenor kan??! hahahahha 
sebenarnya cuti sem ni la yg paling aku tertunggu tunggu since masuk sem 2 hari tu. Sebabnya, cuti sem 1 hari tu aku sempat cuti satu minggu je. Tu la nak sangatkan join program U. Actually, aku xmenyesal pun join program tu sebab BEST sangat! Korang ingat tak aku pernah cakap yang aku teringin sangat pergi Johor?! haaa time cuti tu la aku dapat pergi sana. tak payah cerita la pasal semua tu. nanti bosan pulak huhuhu.

     Then, bila masuk sem 2 hari tu kami dapat tahu yang sem tu kami tak dapat mid sem break! lagi la merana. banyak dateline yg kena kejar, assignment bertambah, dengan kelas padat dari pukul 8 pagi sampai 7 malam, masalah group assignment lagi and yg paling stress test 1 & 2 4/5 subjek dalam masa SEMINGGU! memang aku rasa teruk giler sem 2. tak sempat pun nak study. Final Exam hari tu yg subjek membaca memang out la. ye la study last minute. chapter pulak banyak huhhh mengeluh panjang aku. tapi dah lepas doa je la harap result sem 2 aku tak teruk sangat. 

    Actually, aku tak de benda nak buat time cuti ni. (ni la student, bila dah cuti bosan, bila dah start study nak cuti) aku fikir nak kerja ye la sambil kumpul duit tapi disebabkan aku tengah ambil lesen kenderaan sekarang memang susah la nak pergi kerja. cikgu memandu aku cakap dia nak sku siapkan time aku cuti ni tapi sekarang dah hampir sebulan berlalu, baru sekali aku pergi belajar. haishhh entah sempat ke tak siap sebelum masuk bulan 9 ni tak tahu la. dah la aku ni bila dah start study memang busy tahap apa kos aku ni. 

ok la, aku rasa tu je kot dulu setakat ni. since aku tengah cuti ni, aku ingat nak cerita life aku as student degree in chemistry. tak pun aku nak belajar buat cerpen (tu pun kalau aku ada idea) hahahahha tengok la macam mana nanti.) andddd kalau aku rajin aku share aku belajar masak time cuti ahakks. belajar ilmu rumah tangga pun okay ape :))))) 


No comments:

Post a Comment