Friday, 12 February 2016

KAWAN DAN SAHABAT



    Kawan sangat mudah dijumpa. Even, kalau kita baru kenal dia seminit dah anggap dia kawan. Kawan ni ada banyak jenis. Kawan bermain, kawan study group, kawan sekolah, kawan sekelas dan banyak lagilah. Saya yakin semua orang ada kawan. Tapi, kebanyakan kawan ni kita tak boleh share masalah atau rahsia dengan diorang. It's hard to believe.

   Ianya sangat bebeza dengan sahabat. Sahabat ni hanya sesetengah orang yang boleh kita gelarkannya sahabat. Sahabat akan berada di samping kita walaupun kita dalam kesenangan ataupun kesusahan. Sahabat ini sukar untuk dicari. Mereka ini akan simpan segala kekurangan dan rahsia kita daripada orang lain kerana mereka menganggap ia sebagai satu AMANAH. Sahabat ini boleh dikelaskan sebagai permata yang sukar dicari dan dijumpai.

      Sebenarnya, saya sedih dengan kawan-kawan saya yang dulu kami sentiasa bersama-sama di sekolah, sentiasa berkongsi cerita suka & duka telah sepi selepas tamatnya SPM. Saya merasakan kehilangan dan seperti mereka tidak ikhlas berkawan dengan saya. Apabila saya hantar apa-apa maklumat ataupun bertanyakan sesuatu kepada diorang, mereka seolah-olah sedang mengelak untuk menjawab pertayaan saya. Mugkin itu semua hanya perasaan saya.

    Saya sekadar ingin meluahkan perasaan saya di blog ini. Sebab itu lah saya menulis disini. Setakat ini dahulu,, Assalamualikum.
     


No comments:

Post a Comment